fbpx

Skuad para renang terima insentif tertinggi Shakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad para renang negara menjadi penerima insentif paling tinggi pada majlis penyampaian Shakam 2023 apabila meraih RM494,500.

BANGI – Skuad para renang negara mendapat ‘durian runtuh’ apabila menjadi penerima insentif tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) selepas tampil cemerlang pada temasya Sukan Para Asean 2023 di Kemboja Mei lalu.

Selepas membawa pulang 26 pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa, skuad para renang mampu tersenyum puas apabila meraih insentif keseluruhan bernilai hampir setengah juta.

Bagi temasya Sukan SEA Kemboja, skuad olahraga menerima insentif Shakam paling tinggi apabila meraih keseluruhan RM141,000 selepas merangkul lima pingat emas, tiga perak dan 11 gangsa.

Sementara itu, skuad pencak silat yang memenangi empat pingat emas, lima perak dan empat gangsa menerima insentif keseluruhan RM115,000.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata, secara keseluruhan ganjaran diberikan kepada atlet yang memenangi pingat pada kedua-dua temasya tersebut berjumlah RM2.4 juta.

“Para renang dapat hampir setengah juta ringgit, bermaksud itu boleh jadi matlamat untuk mereka dan beri inspirasi untuk mereka bekerja lebih kuat,” katanya pada majlis penyampaian Shakam di sini, hari ini.

Majlis berkenaan turut meraikan kejayaan atlet negara yang beraksi pada Sukan Olimpik Khas 2023 di Berlin, Jerman selepas membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan sembilan gangsa sekali gus meraih insentif RM95,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI