fbpx

Sepupu beremosi cari keluarga sendiri mangsa Jeram Mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Iman (tengah) melihat sebahagian barangan peribadi keluarga Azizah yang dijumpai di lokasi kejadian kepala air di Air Putih, Kemaman, Terengganu hari ini.

KEMAMAN – Tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih yang mengorbankan 10 nyawa pada 1 Julai lalu bukan hanya memberi cabaran besar buat pasukan penyelamat malah meninggalkan memori hitam buat seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang juga waris keluarga mangsa.

Muhammad Iman Zulhakim Zamri, 29, yang merupakan anggota APM Hulu Terengganu berkata, dia yang baru bertugas sembilan bulan dengan agensi tersebut tidak menyangka perlu bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat ahli keluarganya sendiri.

“SAR kali ini agak sukar buat saya kerana yang terlibat ialah ibu dan bapa saudara serta tujuh sepupu saya dan seorang bakal ahli keluarga kami.

“Setiap kali mayat mangsa mereka ditemui, hati saya sangat tersentuh. Begitupun saya perlu kuat emosi dan fizikal serta tidak boleh terlalu larut dalam kesedihan demi tanggungjawab sebagai anggota APM,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Air Putih di sini hari ini.

Muhammad Iman Zulhakim berkata, meskipun batinnya kuat mahu terus mencari mangsa terakhir, Putri Nor Fatin Karim, 14, sehingga dijumpai namun dia perlu akur dengan keputusan pihak atasan.

Begitupun, dia yakin jasad sepupunya yang amat rapat dengannya sejak kecil itu akan dapat juga ditemui suatu hari nanti.

“Ahli keluarga kami tetap setia menunggu kepulangannya meskipun dah 11 hari tragedi itu berlaku. Sebenarnya rumah kami di Felda Lepar 3, Gambang, Pahang terletak berhampiran. Keluarga kami amat rapat cuma saya agak kurang berhubung dengan mereka sejak berpindah ke Hulu Terengganu untuk bertugas sebagai anggota APM pada sembilan lalu,” katanya.

Kosmo! 4 Julai lalu melaporkan Azizah, 40, bersama suami, Karim Abdullah, 39, dan tujuh anak mereka berusia empat hingga 18 tahun serta seorang bakal menantu lelaki terlibat dalam kejadian kepala air sewaktu beriadah di Jeram Mawar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI