fbpx

Program Sekolah Rukun Negara tiada anasir kepartian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Adli (barisan belakang, tengah) pada Pelancaran Program Sekolah Rukun Negara dan Dialog Demokrasi di Dewan Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

KAJANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan tiada elemen kepartian terkandung dalam modul Program Sekolah Rukun Negara.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd. Halim berkata, Ahli Parlimen pembangkang malah dipelawa untuk menghadiri program anjuran kerajaan tersebut.

“Semasa sesi libat urus semua wakil politik dijemput dan mereka berpuas hati apabila kita bentangkan modul, malah Ahli Parlimen pembangkang hendak menganjurkannya juga boleh tetapi modul mesti daripada kita.

“Program Sekolah Rukun Negara untuk memberi pendidikan politik dan demokrasi kepada belia sesuai dengan keperluan semasa iaitu lepasan sekolah berusia 18 tahun dipertanggungjawabkan sebagai pengundi.

“Tidak adil mengikat golongan itu dengan tanggungjawab berkenaan tanpa disediakan ruang untuk berbincang tentang politik secara sihat,” katanya kepada pemberita pada Pelancaran Program Sekolah Rukun Negara dan Dialog Demokrasi di Dewan Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.

Program Sekolah Rukun Negara merupakan inisiatif terkini KBS dibawah Rakan Muda (Rakan Demokrasi) yang diselaraskan oleh Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).

Ia bertujuan untuk menyemarakkan kefahaman dan pengetahuan demokrasi dalam kalangan belia negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI