fbpx

Program penambahbaikan ruang awam Merdeka 118 berjaya disempurnakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zulqarnain (dua dari kiri) pada majlis meraikan kejayaan Program Penambahbaikan Ruang Awam Merdeka 118 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak syarikatnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB) telah berjaya menyempurnakan Program Penambahbaikan Ruang Awam Merdeka 118 di Perumahan Awam (PA) Jalan Hang Tuah.

Program penambahbaikan yang melibatkan kos hampir RM800,000 itu telah diusahakan bersama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Think City Sdn. Bhd. (Think City) bagi  menyediakan ruang awam yang lebih selesa untuk kegunaan ramai di taman riadah serba guna PA Jalan Hang Tuah.

Taman seluas 1,206 kaki persegi ini terletak 400 meter atau 7 minit berjalan kaki dari presint Merdeka 118, menjadikannya sebahagian daripada kejiranan tersebut.

Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, sebagai
tetangga baharu di presint Merdeka 118, pihaknya mengutamakan kesejahteraan serta keselamatan komuniti setempat.

“Kami fokus untuk mewujudkan persekitaran yang berkembang maju dan memberi manfaat kepada semua. Usaha kami adalah untuk menyediakan ruang yang selamat dan selesa untuk aktiviti riadah, rekreasi dan interaksi sosial akan memberi faedah kepada lebih 800 penduduk.

“Kami teruja untuk menyaksikan impak positif insiatif ini dan berharap dapat menerajui program yang seumpamanya di kawasan kejiranan berhampiran di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Penambahbaikan utama merangkumi pelbagai aspek taman tersebut, dengan
memberi penekanan kepada aspek berkaitan keselamatan, kebersihan dan peralatan fasiliti yang kurang digunakan.

Inisiatif bercirikan kelestarian juga disepadukan di dalam projek ini, termasuklah mengitar semula pagar dan peralatan taman permainan lama, mengguna semula penurap jalan serta menaik taraf taman komuniti.

Selain itu, pokok-pokok yang berisiko tinggi yang telah ditebang oleh DBKL telah digantikan, bagi memastikan ekosistem taman itu kekal utuh.

Selain itu, Pengarah Urusan Think City, Hamdan Abdul Majeed berkata, pmuliharaan taman serba guna PA Jalan Hang Tuah adalah satu contoh hasil positif yang dicapai
melalui proses penempatan kreatif.

Jelas beliau, melalui kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, taman ini berjaya membina komuniti yang berkembang pesat di dalam presint Merdeka 118, selaras dengan visi kami untuk mencipta sebuah bandar yang boleh didiami melalui rangkaian ruang awam terbuka.

“Kerja-kerja pemulihan yang lain termasuklah menambahbaik gelanggang serbaguna
dengan penggunaan bahan tahan lama yang baharu bagi memastikan permukaan
lantai gelanggang agar lebih kemas dan selamat digunakan.

“Menambah kemudahan rekreasi baharu di kawasan taman permainan dengan peralatan sukan untuk kanak-kanak dan warga emas serta mewujudkan ruang perhimpunan komuniti serba guna dengan tempat duduk berteduh dan laluan refleksologi kaki untuk menggalakkan kesejahteraan komuniti,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI