fbpx

Pelajar universiti kesal dapat rakan bilik pengotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memperlihatkan keadaan bilik wanita tersebut yang kotor dan tidak terurus.

PETALING JAYA – Seorang penuntut wanita sebuah universiti meluahkan rasa kesal apabila terpaksa tinggal dengan rakan sebilik yang didakwa pengotor kerana tidak pandai menjaga kebersihan bilik.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok Ziela memperlihatkan bilik yang didiami mereka bersama dalam keadaan bersepah dan tidak terurus.

“Selalu nampak dekat TikTok orang dapat ‘roomate’ pengotor, kali ini jadi dalam hidup. Dapat yang pengotor dari awal semester sampai habis semester. Tiada perubahan,” rungutnya di kapsyen.

Menurutnya, rakan sebiliknya itu tiada tanda-tanda mengalami tekanan sehingga tidak boleh mengemas.

“Dia bukannya ‘stres’ belajar, balik pun hadap telefon juga. Ada saja masa dia nak mengemas, cuma diri sendiri yang malas, penat tegur tetap tak jalan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengkritik kelakuan rakan sebilik wanita itu.

“Ya Allah, takutnya dapat rakan sebilik macam ini, macam mana awak tahan akak,” komen Amirul.

“Aku ini pun tidaklah rajin hendak kemas bilik tetapi tak sampai tahap nak tinggal macam itu, sudahlah duduk sebilik dengan orang,” kata Iman.

“Kalau aku dapat sebilik dengan orang yang jenis macam ini, mengamuk dah. Kalau tahu perangai pemalas dari awal, memang aku minta awal-awal tukar bilik,” komen Nurin.

“Serabutnya lahai, jauhkanlah aku daripada manusia yang tak menjaga kebersihan macam ini,” tambah Ainur.

Rakaman mendapat 174,600 tontonan, 7832 tanda suka dan 1490 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI