fbpx

Pekerja pasar raya maki hamun penghantar barang direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang pekerja pasar raya dicekup polis petang semalam selepas bertindak memaki hamun seorang penghantar barang di Jalan Pandan Cahaya 2/3 Pandan Cahaya, di sini, 15 Jun lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, suspek dipercayai berang dengan pemanduan pengadu yang perlahan sebelum memberhentikan kenderaan di sebelah kiri jalan raya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek mendatangi mangsa sebelum memarahi serta memaki hamunnya menggunakan kata-kata kesat.

Pada masa sama, suspek juga bertindak mengangkat tangan seperti mahu menumbuk mangsa yang berusia 31 tahun berkenaan.

“Siasatan mendapati motif kejadian disyaki adalah berpunca suspek tidak berpuas hati dengan pemanduan secara perlahan dan seterusnya memberhentikan kereta di bahu jalan kiri.

“Suspek lelaki berusia 27 tahun yang bekerja di sebuah pasaraya sekitar Ampang ditangkap sekitar pukul 3.30 petang, semalam.

“Hasil pemeriksaan air kencing mendapati suspek negatif sebarang dadah dan tiada rekod kesalahan jenayah lampau yang tidak dikehendaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Azam, suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI