fbpx

[VIDEO] Nyaris dilanggar melintas tanpa guna laluan jejantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di laman Facebook Penang Kini yang memaparkan tindakan tiga individu melintas jalan dan nyaris dilanggar.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan individu dipercayai pelajar di sebuah sekolah di Bayan Lepas, Pulau Pinang melintas jalan raya tanpa menggunakan laluan di jejantas mengundang kemarahan orang ramai.

Ini kerana, perbuatan tersebut berisiko berlakunya kemalangan serta kehilangan nyawa.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook Penang Kini, kelihatan tiga orang pelajar sekolah dilihat melintas jalan tanpa menggunakan laluan jejantas yang disediakan berdekatan kawasan tersebut.

Berdasarkan klip video berdurasi 19 saat kelihatan ketiga-tiga mereka nyaris dirempuh beberapa kenderaan ketika melintas.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut sempat mengelak dan menekan brek.

Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna mengecam perbuatan individu terbabit kerana tidak menggunakan jejantas sedia walaupun pihak berkuasa telah menyediakan kemudahan itu.

“Bukan kata kat Bayan Lepas kat mana-mana pun yang ada jejantas mesti ada yang tak mahu guna.

“Kat Seberang Jaya paling banyak warga asing tak guna jejantas kita pula tak pasal-pasal kena hati-hati dengan mereka geram betul,” tulis Norliza Ramli.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nor Azira yang mendakwa perbuatan tersebut sebagai sengaja mencari padah.

“Dekat Perai ni dah berapa orang mati hancur berkecai kes lintas jalan, sayanglah nyawa,” katanya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI