fbpx

MAKAF janji penganjuran berkelas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AZMI (tengah) menjanjikan penganjuran Kejohanan Karate Asia berkelas dunia pada sidang media di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

PETALING JAYA – Edisi ke-19 Kejohanan Karate Asia 2023 bakal menyajikan aksi bertenaga dan memukau para peminat apabila berlangsung di Pusat Perdagangan Melaka (MITC), Ayer Keroh bermula 21 hingga 23 Julai ini.

MITC dipilih sebagai venue medan pertempuran bagi atlet-atlet karate terbaik Asia bertempur merebut kejuaraan dan bersiap sebelum menghadapi Sukan Asia Hangzhou di China pada September depan.

Pada edisi lalu, seramai 700 atlet daripada 28 buah negara telah mengambil bahagian dan menyaksikan Uzbekistan sebagai tuan rumah kejohanan, Disember tahun lepas.

Juara edisi 2022 di Uzbekistan iaitu Jepun dengan keseluruhan lapan pingat emas, dua perak dan tiga gangsa juga mengesahkan penyertaan mereka dengan menghantar seramai 23 atlet kali ini.

Antara peserta bakal menjadi tumpuan seperti Kakeru Nishiyama dari Jepun, Assel Kanay (Kazakhstan) dan Abdel Rahman Almasatfa (Jordan) selain atlet-atlet karate negara yang juga berada dalam kelas tersendiri.

Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad berbangga dengan kepercayaan diberikan dua badan induk sukan itu, Persekutuan Karate Asia (AKF) dan Persekutuan Karate Dunia (WKF).

Ini kerana MAKAF turut diberikan kepercayaan menganjurkan Kejohanan Karate Para Asia edisi kedua diadakan di venue sama sepanjang pertandingan itu.

“MAKAF amat menghargai sokongan diberikan pihak AKF dan WKF bagi penganjuran kali ini diadakan di Melaka. Peminat sukan karate dialu-alukan hadir untuk menyaksikan persaingan sengit atlet-atlet karate Asia.

“Penganjuran kali ini bukan sahaja mewujudkan persaingan antara atlet-atlet dan pasukan pelbagai negara Asia, malah menjadi platform mempromosikan budaya, warisan dan semangat kesukanan.

“Penganjuran berkelas dunia akan dipersiapkan di Kejohanan Karate Asia ke-19 menjadikannya sebagai penanda aras bagi penganjuran Kejohanan Karate Dunia di Budapest, Hungary pada Oktober depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI