PENYANYI Maia Estianty mengakui tertarik untuk melakukan pembedahan plastik bagi memiliki wajah lebih muda.
Perkara tersebut diberitahu Maia ketika sesi temu ramah bersama rakan selebriti Denada Tambunan yang baru selesai menjalani pembedahan wajah di Korea Selatan.
Maia berkata, dia masih menunggu masa yang tepat untuk memulakan rawatan tersebut.
“Aku masih fikir-fikirkan perkara ini, sejujurnya memang teringin nak buat.
“Aku tak mahu munafik, aku dah tua dan akan lakukan (pembedahan plastik) hal yang sama,” ujarnya.
Maia, 47, juga mengakui penat melakukan rawatan wajah biasa.
Bagaimanapun, segelintir netizen menganggap Maia memiliki paras kecantikan semula jadi dan tidak perlu melakukan pembedahan plastik.
“Bonda Maia sudah cantik semula jadi, cukup rawatan wajah sahaja. Aku suka sangat wajah kamu dari dulu,” ujar netizen