fbpx

Mahkamah: Tiga lelaki Indonesia didakwa edar dadah 41kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEMUA tertuduh diiringi polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mengedar dadah. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Tiga lelaki warga Indonesia berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat hampir 41 kilogram (kg), bulan lalu.

Tertuduh, Amrullah, 33; Suryadi, 31, dan Gunawan, bagaimanapun hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat kasar 40,760 gram yang disenaraikan di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam di persisiran Pantai Klebang dalam daerah Melaka Tengah pada 28 Jun 2023.

Sabit kesalahan kesemua tertuduh boleh dihukum mati atau dengan penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 12 sebatan mengikut Seksyen 39B(1)(A) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI