fbpx

Kacang, timun mati angkara sungai tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menunjukkan saliran air yang berubah warna menjadi hitam dipercayai akibat tercemar di sebuah kebun kelapa sawit di Kubang Tiga, Padang Besar baru-baru ini.

PASANG BESAR – Pencemaran sungai yang berlaku di Kampung Kubang Tiga di sini sejak hujung tahun lalu bukan hanya menjejaskan kehidupan harian penduduk, malah turut menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk.

Penduduk mendakwa, lebih 56.6 hektar kawasan pertanian meliputi tanaman sayur dan padi di kawasan kampung berkenaan gagal mengeluarkan hasil yang memuaskan ekoran masalah berkenaan.

Menurut seorang petani, Tiaw Koay Joo, 38, hasil tanaman sa­yur yang diusahakannya di tanah seluas kira-kira 5.6 hektar rosak dan mati akibat daripada pencemaran air.

“Saya mengalami kerugian antara RM20,000 hingga RM30,000 selepas tanaman se­perti kacang panjang, bendi, timun dan bayam mati setelah mengepam air dari saliran yang tercemar.

“Hasil pertanian ini pada mulanya menguning kemudiannya menjadi layu dan mati akibat di­siram menggunakan air dari su­ngai yang airnya bertukar warna sejak Di­sember tahun lalu,” kata­nya ke­tika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Katanya, terdapat kira-kira 20 petani yang mengusahakan tanaman sayur turut berdepan masalah yang sama akibat pen­cemaran sungai.

Dalam pada itu, tinjauan Kos­mo! mendapati, terdapat kawa­san sawah yang tidak diusahakan oleh penduduk akibat masalah sama sehingga ditumbuhi semak-samun.

Seorang pesawah, Suvinart Shien, 36, berkata, hasil padi yang diusahakan seluas kira-kira 2.8 hektar mengalami kemerosotan antara 30 hingga 50 peratus pada musim lalu.

“Biasanya saya akan mendapat pulangan hasil kira-kira 2.2 tan padi bagi 0.28 hektar tanah dengan nilai kasar RM2,500. Untuk kali ini, saya hanya mendapatkan 1.5 tan padi bagi keluasan yang sama.

“Air dari saliran berbau busuk dan berwarna hitam sehingga menyebabkan saya terpaksa menyediakan air botol membersihkan diri setiap kali turun ke sawah akibat kesan gatal-gatal pada kulit,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI