fbpx

Ibu tunggal hidap talasemia tabah jaga tiga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maznah yang menghidap talasemia bersama anak-anaknya ketika ditemui di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal yang menetap di Kampung Melayu Majidee, di sini tabah menempuh keperitan hidup apabila membesarkan tiga anak seorang diri sejak lapan tahun lalu dalam keadaan dirinya sendiri menghidap penyakit talasemia.

Kehidupan sukar itu dilalui Maznah Mohd. Yusof, 36, selepas berpisah dengan suami dan selepas setahun bercerai, dia diuji pula dengan masalah kesihatan apabila pihak hospital mengesahkan dia menghidap talasemia.

“Selepas menjadi ibu tunggal, saya berdikari sendiri dan cari kerja, macam-macam kerja saya lakukan termasuk kerja kerani hotel dan kilang,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Maznah berkata, masalah kesihatan itu menyebabkannya mudah pitam dan cepat letih sehingga memaksanya berhenti makan gaji sebelum mengambil upah menjaga kedai serbaneka milik rakannya di Kempas, di sini.

Dia bersama tiga anaknya yang berusia antara 11 hingga 14 tahun kemudian berpindah ke Benut, Pontian dalam usaha untuk memulakan hidup baharu pada 30 Jun lalu.

“Hasrat saya untuk mencari kerja di sana berdepan dengan kesukaran kerana sehingga kini belum menemui pekerjaan untuk menyara keluarga.

“Jadi saya ambil keputusan untuk kembali ke Johor Bahru dengan harapan ada rezeki buat kami sekeluarga. Saya harap dapat kerja dalam masa terdekat,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Ne­geri Johor, Nasir Ishak berkata, bantuan kewangan Baitulmal buat keluarga Maznah sebanyak RM300 sudah disalurkan sejak dua tahun lalu.

Katanya, pihaknya akan membantu mendapatkan kediaman Projek Perumahan Rakyat untuk empat beranak itu.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam yang menziarahi keluarga itu turut menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan harian sebanyak RM500.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Maznah di talian 013-9378 994 atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya 0110029000835004.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI