fbpx

Ibu suruh anak OKU telan parasetamol sebelum tikam leher mangsa, bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang wanita cuba membunuh anaknya sebelum bertindak menikam dirinya sendiri di Taman Kota Laksamana, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang wanita ditemui mati dipercayai menikam diri dengan pisau selepas cuba membunuh anak lelakinya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Kota Laksamana di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, lelaki OKU mental berusia 26 tahun tersebut bagaimanapun terselamat, namun mengalami kecederaan di leher akibat ditikam.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa, kejadian itu diketahui selepas pemuda tersebut menelefon neneknya memaklumkan dia cedera ditikam ibunya.

Katanya, dia bersama beberapa ahli keluarga lain termasuk nenek mangsa bergegas ke lokasi dan mendapati pemuda itu telah keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah.

“Kami masuk ke dalam rumah bersama mangsa untuk menukar bajunya sebelum melihat ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri tertiarap dan berlumuran darah di ruang tamu.

“Mangsa memberitahu ibunya menyuruhnya menelan sejumlah parasetamol dan tidur dalam keadaan tidak berbaju. Ibunya kemudian menikam leher mangsa dengan menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi, hari ini.

Tambahnya, si mati yang berusia 56 tahun selepas itu dikatakan menikam perutnya sendiri sehingga rebah dan meninggal dunia.

“Sebelum kejadian sikap ibu mangsa berubah menjadi pendiam dan tidak mahu mendengar apa yang ahli keluarga cakap, seperti tertekan.

“Kami syak dia ingin ‘pergi’ (mati) bersama anaknya. Dia merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak manakala mangsa merupakan anak bongsu. Anak sulungnya berusia 28 tahun,” katanya.

Ujarnya, sebelum ini si mati bekerja sebagai guru tadika dan tinggal berdua bersama anak OKU.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memberitahu, kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI