fbpx

Ibu dakwa anak digigit guru belum buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang wanita yang mendakwa anak lelakinya berusia enam tahun yang digigit oleh seorang guru di sekolah pada Khamis lalu masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil semakan yang dilakukan melalui Ketua Polis Daerah mendapati, tiada sebarang laporan diterima setakat ini.

“Sehubungan itu, ibu berkenaan diminta untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan pihak polis menyiasat dakwaan tersebut. Sekiranya dia ingin mengambil tindakan lanjut (undang-undang), laporan polis perlu dibuat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, budak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai menjadi mangsa gigitan gurunya masih trauma selain sering mengamuk dan hilang selera makan selepas kejadian itu berlaku di sekolahnya pada Khamis lalu.

Ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Eyma Zaideen berkata, pada mulanya dia tidak percaya dengan kejadian yang menimpa anak ketiga dari-pada empat beradik itu.

“Ketika tiba di rumah pada Khamis lalu, anak saya menangis sebelum mengadu dia tidak mahu lagi ke sekolah kerana gurunya menggigit bibir dan menarik mulutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI