fbpx

Bekas pekerja bunuh dua majikan kerana dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Felix melarikan diri selepas membunuh bekas majikannya. - Wion News

NEW DELHI – Gara-gara dendam, dua majikan sebuah syarikat teknologi di bandar Bengaluru, India dibunuh oleh seorang bekas pekerja, lapor laman berita Wion News semalam. 

Suspek yang dikenali sebagai Felix dilaporkan memasuki pejabat Aeronics Internet terletak di Amrutahalli, timur laut Bengaluru sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan) semalam. 

Dia dilaporkan menikam kedua-dua mangsa menggunakan pisau dan pedang ketika mereka berada di dalam pejabat. 

Akhbar The Free Press Journal mendedahkan identiti dua mangsa iaitu Pengarah Urusan, Phanindra Subramanya dan Ketua Pegawai Eksekutif, Vinu Kumar.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Felix sebelum ini berhenti kerja dari syarikat itu untuk memulakan perniagaan sendiri. 

Bagaimanapun, dia didakwa menyimpan dendam terhadap Phanindra kerana menentang keras amalan kerjanya yang tidak dinyatakan.

Polis telah memulakan siasatan untuk menahan suspek yang kini melarikan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI