fbpx

Bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bercakap pada sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan telah ditahan polis pada Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang akhbar hari ini.

Saifuddin berkata, wanita itu telah direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Sabtu lalu dan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

“Peguam suspek memaklumkan, anak guamnya sedia memberi kerjasama kepada polis dan Kerajaan Malaysia berhubung kes itu,” katanya.

Saifuddin berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut perkembangan kes dan menyerahkan dahulu kepada polis bagi siasatan lanjut

“Biar polis jalankan tugas dahulu, saya tidak mahu komen. Kes ini (1MDB) memang belum selesai, apapun tindakan lanjut biar ikut lunas undang-undang,” katanya.

Jasmine dikatakan salah seorang sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI