fbpx

Bekas pegawai bank didakwa tipu pelaburan lebih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKAS pegawai bank didakwa di Mahkamah Majistret Kampar, Perak atas dua pertuduhan penipuan membabitkan pelaburan berjumlah RM110,300, hari ini.

KAMPAR – Seorang bekas pegawai bank didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan penipuan membabitkan pelaburan berjumlah RM110,300.

Tertuduh, M. Pathmanathan, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya S. Kogeelan, 32, untuk menyertai pelaburan Maybank Bond/Affin Hwang Bond sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan wang tunai berjumlah RM30,000 sebagai bayaran modal masuk.

Kesalahan itu dilakukan bapa kepada tiga anak itu di Pejabat Maybank Cawangan Kampar, Jalan Gopeng Kampung Masjid daerah Kampar pada pukul 11 pagi, 28 Mac 2023.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan sama dengan mendorong M. Jessinta Mary, 52, menyerahkan wang berjumlah RM80,600 secara pindahan ke akaun miliknya bagi pelaburan daripada produk Maybank antara pukul 1.22 petang 25 Oktober 2021 sehingga 6.35 petang pada 22 September 2022.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga 10 tahun dan dengan sebat serta denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M. Esther Jacyntha manakala tertuduh diwakili peguam Baldip Singh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI