fbpx

Barcelona tidak inginkan Neymar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR sedia dilepaskan PSG untuk kembali ke Camp Nou, namun Barcelona menolak untuk kembali mendapatkan khidmat pemain itu. - AFP

BARCELONA – Paris Saint-Germain (PSG) sedia melepaskan penyerangnya, Neymar telah untuk pulang ke Barcelona pada jendela perpindahan kali ini, tetapi ditolak sepenuhnya oleh kelab gergasi La Liga itu.

Sebagai rekod, Barcelona agak terdesak untuk memiliki sekurang-kurangnya pemain bertaraf bintang selepas hanya menandatangani khidmat Ilkay Gundogan daripada kelab Manchester City dan Inigo Martinez (Athletic Bilbao) musim ini.

Justeru, ejen peribadi Neymar telah menghubungi pihak pengurusan tertinggi Barcelona mengenai potensi untuk penyerang antarabangsa Brazil itu kembali ke Camp Nou selepas berhijrah ke PSG pada musim 2017.

Namun, pihak pengurusan Barcelona menolak tawaran tersebut kerana enggan melihat Neymar menyarung jersi Barcelona selain barisan kejurulatihan juga risau keharmonian dalam bilik persalinan juga bakal tercemar andai dia kembali nanti.

PSG yang kini dikendalikan oleh bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique dilaporkan tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Neymar pada jendela perpindahan kali ini atau mengekalkan khidmatnya pada musim depan.

Sementara itu, pengarah sukan kelab The Catalan, Deco telah mengesahkan persetujuan secara lisan untuk kelab menandatangani pemain muda Brazil, Vitor Roque dengan nilai sebanyak €30 juta (RM154 juta).

Menurut Deco, Roque yang baru berusia 19 tahun akan kekal bersama kelab Athletico Paranaense sehingga penghujung tahun ini dan hanya akan menyertai skuad utama pada Januari depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN