fbpx

Amaran ribut petir di tiga buah negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tiga buah negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku di beberapa daerah di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak sehingga 12 tengah hari nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Selangor melibatkan daerah Kuala Langat dan Sepang.

“Keadaan sama juga diramalkan berlaku di Negeri Sembilan iaitu di Port Dickson,” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI