fbpx

Aksi warga emas curi pasu dirakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu rakaman CCTV menunjukkan detik-detik seorang warga emas mencuri pasu di Singapura kelmarin. - Foto Stomp

SINGAPURA – Seorang wanita warga emas dirakam sedang mencuri pasu bunga di Kallang, Singapura, awal pagi kelmarin, lapor laman berita Stomp.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) hitam putih itu, kejadian berlaku pada pukul 5.04 pagi (waktu tempatan). Ia kemudian disiarkan oleh pengguna Instagram, Jeremy.

Video itu menunjukkan wanita berkenaan berjalan ke arah pasu sambil memegang beg plastik kosong. 

Dia kemudian membongkok dan kelihatan seperti mengambil sesuatu di lantai. Selepas beberapa saat kemudian, dia menegakkan badan dan berpatah balik beserta beg plastik yang kelihatan berisi.

“Makcik, kali pertama anda ambil (pasu bunga), saya menganggapnya sebagai sedekah. Sekarang, anda mengambil begitu banyak pasu bunga. Tua tidak bermakna anda boleh mencuri. Saya benci orang mencuri,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Menurut Jeremy, dia berjaya mengetahui di mana wanita tersebut tinggal dan berkongsi videonya itu dengan pegawai polis di blok perumahan berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI