fbpx

75 peratus remaja Malaysia pernah tonton bahan porno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hasil kajian dijalankan Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati sebanyak 75 peratus remaja di Malaysia terutamanya lelaki pernah terlibat dengan kegiatan menonton video atau melihat gambar pornografi

Kajian yang dijalankan sejak 2021 itu mendapati kegiatan tidak bermoral tersebut boleh menjurus remaja negara ini ke arah gejala seks bebas seterusnya dijangkiti penyakit kelamin.

Pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Noor Azimah Muhammad menjelaskan, kajian terbabit menunjukkan kebanyakan yang terlibat adalah remaja lelaki dan mereka mula terjebak ketika seawal sekolah menengah serta kerap menggunakan internet di rumah secara bersendirian.

“Perbuatan menonton pornografi boleh menyebabkan sebahagian daripada remaja mengalami ketagihan yang boleh menyebabkan mereka berisiko melakukan seks bebas dan mengalami jangkitan penyakit kelamin seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan sifilis.

“Terdapat kes seorang pelajar lelaki mengakui menonton lebih 200 video pornografi sehari semata-mata untuk memuaskan keinginan seksualnya dan seterusnya pelajar ini terdedah kepada masturbasi dan akhirnya mengamalkan aktiviti seks bebas semasa menuntut di kolej,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, penglibatan remaja Malaysia dalam seks bebas adalah amat membimbangkan.

“Dalam satu kajian lain yang dijalankan pada 2013 terhadap 988 pelajar kolej, data menunjukkan 10 peratus pelajar kolej pernah melakukan aktiviti seksual manakala lima peratus pula sangat aktif melakukannya.

“Umumnya, aktiviti seksual yang dilakukan oleh remaja adalah berisiko tinggi dan cenderung untuk bertukar-tukar pasangan, mengamalkan homoseksual iaitu seks sesama jantina atau bioseksual iaitu seks sesama sendiri atau berlainan jantina, tidak menggunakan kondom atau pencegah kehamilan dan di bawah pengaruh alkohol atau dadah,” katanya.

Tambah Dr. Noor Azimah, ketagihan seksual bermula sebaik aktiviti seksual dilakukan.

“Setelah berasa seronok melakukan aktiviti seksual, mereka ingin melakukannya sekali lagi. Keinginan ini akan berterusan dan berulang-ulang.

“Zaman dunia tanpa sempadan, penggunaan internet dan media sosial memudahkan lagi remaja untuk mendapatkan video atau gambar pornografi tanpa dapat dikesan oleh ibu bapa.

“Perbuatan ini disokong dengan adanya kemudahan wifi samada di rumah sendiri atau sesetengah premis di mana remaja tidak perlu mengeluarkan duit sendiri,” katanya.

Jelasnya lagi, hubungan antara media sosial, pornografi dan aktiviti seksual adalah bersifat linear. Jiwa remaja yang sentiasa ingin mencuba menyebabkan mereka memilih untuk melakukan amalan terlarang tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI