BEIJING – Seorang wanita ditahan oleh pegawai Kastam Shenzhen di wilayah Guangdong, China kerana menyembunyikan lima ekor ular hidup di dalam bajunya, lapor akhbar Global Times kelmarin.
Pegawai kastam mengenal pasti seorang wanita dengan bentuk badan pelik berjalan melintasi laluan masuk di Pelabuhan Futian beberapa hari lalu.
Penumpang itu kemudian diminta menjalani pemeriksaan badan penuh.
Pegawai kemudian menemui lima ekor ular hidup yang dibalut menggunakan stoking diletakkan pada dada wanita itu.
Lima ular jagung itu kemudian diserahkan kepada jabatan berkaitan.
Perbuatan wanita itu tidak dapat difahami, namun orang ramai berpendapat ia menimbulkan bahaya kepada keselamatan yang ketara. – Agensi