fbpx

Wanita melecur di tangan cuba selamatkan barang dalam rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran yang meranapkan sebuah rumah di Kampung Mambong pada awal pagi tadi.

PADAWAN – Seorang wanita melecur di tangan kerana masuk semula untuk mengambil barang di dalam rumahnya yang sedang terbakar di Kampung Mambong, di sini pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah terbakar 100 peratus dan tiga beranak yang mendiami rumah itu iaitu seorang wanita berusia 43 tahun dan dua lelaki berusia 42 dan 14 tahun berjaya menyelamatkan diri.

“Namun salah seorang penghuni melecur pada bahagian tangan kerana masuk semula untuk mengambil barang dalam rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Rajah Charles Brooke menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) .

Dalam pada itu, katanya pasukan bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan menggunakan sumber air dari pili bomba dan pam jentera.

Katanya kerja ‘overhaul’ turut dijalankan bagi memastikan api padam sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI