fbpx

Wanita maut, kenderaan dinaiki bersama empat individu bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sabahan Lahad Datu - Tawau petang semalam. -Foto BOMBA

LAHAD DATU – Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sabahan Lahad Datu – Tawau petang semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, empat individu lain yang berada di dalam kenderaan sama termasuk kanak-kanak turut parah.

Mangsa berusia lingkungan 50 tahun yang tersepit dalam kereta jenis Proton Saga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 3.35 petang, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan membabitkan Proton Saga dipercayai bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux. Terdapat lima mangsa dilaporkan terbabit daripada Proton Saga iaitu seorang kanak-kanak dibawa ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan rescue tools dan empat mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, tiga mangsa parah manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di tempat kejadian.

“Tiga mangsa yang parah diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI