PETALING JAYA- Seorang wanita meraung kesedihan apabila melihat dua ekor kucing kesayangannya mati disebabkan ular.
Menerusi rakaman eazazainuddin memaparkan reaksi wanita itu meraung kesedihan sambil ditenangkan ibunya di sisi.
Menurut akaun pemilik mengatakan, seekor kucingnya telah dibelit dan seekor lagi telah ditelan.
“Dua ekor kucing Kak Cha mati. Seekor kena belit. Seekor dalam perut ular. Lagi sakit bila anak Haehae tengok Haehae kena belit,” tulisnya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berasa simpati dan terkilan dengan kejadian itu.
“Kesiannya ya Allah, sebak tengok kucing dia kena telan. Pencinta kucing sahaja tahu perasaan dia, sakit kehilangan yang macam ini juga aku pernah rasa,” komen Amy.
“Macam ini lah aku pernah menangis masa kucing kesayangan aku pergi, meraung-raung panggil nama dia balik. Tak lama kemudian Allah gantikan balik dengan bagi zuriat yang enam tahun aku dah tunggu,” kata Linda.
“Pencinta kucing sahaja faham perasaan dia. Sebab tak mahu jadi macam ini lah aku dah tak pelihara kucing,” komen seorang pengguna.
“Moga baik-baik sahaja akak, sabar ya, nanti Allah ganti yang lebih baik,” komen Ady.
Video mendapat 4.1 juta tontonan, 355,000 tanda suka dan 28,100 perkongsian. -KOSMO! ONLINE
@eayazainuddinBerlarilah selajunya di langit 🐱 Semoga Haehae jumpa Kakcha dekat sana nanti. 2 ekor kucing Kakcha mati. Sekor kene belit. Sekor dalam perut ular. Lagi sakit bila anak Haehae tengok Haehae kene belit 😭