fbpx

Sungai Ketil berbahaya kerana arus berpusar, berjeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Ketil, Lubuk Pedati di Baling menjadi pilihan ramai untuk berkelah dan mandi-manda.

BALING – Pengunjung diminta peka dengan keadaan sekeli­ling sekiranya mahu mandi di Su­ngai Ketil, di sini ekoran terdapat kawasan sungai itu yang dalam, berbatu selain arus berpusar.

Penduduk Kampung Lubuk Pedati, Razali Hanapiah berkata, apabila hari hujan, air su­ngai berkenaan agak deras dan tidak sesuai untuk aktiviti air.

Katanya, kejadian lemas membabitkan bayi lelaki ber­usia setahun tujuh bulan pada Sabtu lalu sangat mengejutkan penduduk di situ.

“Keadaan arus sungai agak deras, keruh pada hari keja­dian kerana hujan lebat pada malam sebelumnya. Bukan ki­ta menghalang pengunjung ke sini untuk beriadah tetapi perlu tengok pada kesesuaian waktu dan keadaan sungai.

“Kebanyakan orang luar yang datang ke sini tidak tahu kawasan sungai itu airnya dalam, arus berpusar, berbatu dan jeram, tambahan pula apabila hari hujan airnya agak deras sekali gus tidak sesuai untuk aktiviti air,” katanya.

Tambahnya, aspek kesela­matan perlu dititikberatkan selain tidak ambil mudah dan terlalu ghairah bermain air se­kiranya ingin beriadah di kawasan su­ngai itu.

Menurutnya, sewajarnya ti­dak libatkan anak-anak dengan aktiviti air tanpa memakai jaket keselamatan.

Seorang penduduk dikenali Suhaimi, 40, berkata, lokasi kejadian itu juga tersimpan cerita misteri yang dikatakan terdapat batu besar dengan di bawahnya terdapat satu lubang dalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan keseronokan sebuah keluarga menghabiskan cuti hujung minggu di Sungai Ketil, Lubuk Pedati berakhir tragedi apabila bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui lemas.

Keluarga berkenaan ke lokasi itu untuk berkelah dan ­bayi tersebut dihanyutkan arus apabila pelampung dinaiki terbalik selepas tersangkut pada ran­ting pokok buluh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI