fbpx

Seludup 43,000 liter diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak diesel yang dirampas.

KUALA LANGAT – Sebuah lori tangki yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah premis di Jalan Sungai Rambai, Jenjarom di sini, membongkar kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi baru-baru ini.

Perkara itu terbongkar menerusi serbuan kira-kira pukul 3.40 petang pada 6 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati tangki lori itu berisi diesel yang dianggarkan seberat 25,000 liter.

Katanya, empat individu terdiri daripada pemandu lori dan tiga pekerja premis berusia 33 hingga 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi.

“Rampasan turut melibatkan 18 buah tangki minyak berisi 1,000 liter setiap tong, satu unit mesin meter penyukat minyak dan sebuah lori,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pemeriksaan awal mendapati jumlah keseluruhan minyak diesel dirampas berjumlah 43,000 liter.

Ahmad Ridhwan menjelaskan, siasatan mendapati mereka telah aktif melakukan aktiviti tersebut sejak tiga bulan lalu.

“Semakan mendapati dua daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.

Tambah beliau, kes itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tindakan lanjut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI