fbpx

PSG mampu berjaya tanpa Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE terus mengeruhkan hubungan dengan PSG apabila mengkritik kelab itu secara terbuka dalam satu temu bual sebelum ini. - AFP

PARIS – Bekas pengarah sukan Paris Saint-Germain, Leonardo percaya bahawa sudah tiba masanya untuk kelab itu melepaskan khidmat penggempur sensasi mereka, Kylian Mbappe yang telah mencetuskan kontroversi.

Leonardo memainkan peranan utama membawa Mbappe dari Monaco ke Parc des Princes selain membantu kelab itu meyakinkan pemain berkenaan untuk menyambung kontrak pada 2022 sebelum beliau dipecat daripada jawatan berkenaan.

“Demi kebaikan PSG, saya fikir sudah tiba masanya untuk mereka melepaskan Mbappe pergi. Kelab ini sudah wujud sebelum Mbappe tiba dan ia akan terus kekal wujud walaupun Mbappe pergi.

“Dia sudah berada di paris sejak enam tahun lalu dan sepanjang tempoh berkenaan sudah ada enam kelab yang berjaya merangkul gelaran Liga Juara-Juara dan kelab-kelab itu tidak memiliki pemain sehebat Mbappe.

“Itu bermakna, PSG sendiri tidak mustahil untuk memenangi gelaran Eropah tersebut walaupun tanpa Mbappe.

“Menerusi sikap yang dipamerkan sejak dua tahun lalu, Mbappe tidak menunjukkan bahawa dia mampu untuk membimbing pasukan ini, dia mungkin pemain yang bagus, tetapi tidak mampu berperanan sebagai ketua. Sukar untuk membina pasukan yang baik bersamanya,” katanya.

Mbappe mencetuskan konflik bersama PSG apabila enggan menandatangani kontrak lanjutan, malah bertelagah dengan pemilik kelab itu, Nasser Al-Khelaifi selain mengkritik kelab itu secara terbuka.

Situasi itu menyaksikan kariernya di PSG semakin menemui noktah dan ketika ini kuatkan dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI