fbpx

Projek pelebaran Lebuh Raya Plus di Johor dipercepat – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (kanan) mengadakan pertemuan dengan Ahmad Maslan di Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini.

JOHOR BAHRU – Pelaksanaan kerja-kerja naik taraf dan pelebaran jalan di dua lebuh raya utama di negeri ini bakal dipercepat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek yang dipercepatkan termasuklah kerja naik taraf dan pelebaran jalan di Lebuh Raya Utara Selatan dan juga Lebuh Raya Senai-Desaru yang sepatutnya bermula penghujung tahun depan.

“Pembinaan lorong memotong di Senai-Desaru Expressway (SDE) akan dimulakan pada November 2023, manakala Projek Pelebaran Jalan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) pula akan dimulakan pada Februari 2024.

“Alhamdulillah, perkara itu berjaya dicapai menerusi mesyuarat penyelarasan antara Kerajaan Negeri, Kementerian Kewangan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan di Putrajaya, hari ini.

Tambah Onn Hafiz, kerajaan Johor turut menerima peruntukan berjumlah RM4.5 bilion bagi pelaksanaan 496 projek pembangunan di negeri ini sepanjang tahun 2023.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI