fbpx

Pochettino mahu khidmat Kane semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kane menjadi buruan Bayern ketika ini, namun Chelsea mahu mencuba nasib untuk menyertai perlumbaan mendapatkan khidmatnya. – AFP

LONDON – Walaupun peluang agak tipis, Mauricio Pochettino mengetuai ‘rombongan’ Chelsea untuk mencuba nasib bagi mencabar Bayern Munich bagi mendapatkan khidmat bekas penyerang kesayangannya, Harry Kane.

Ketika ini, Bayern sudah pun membuat bidaan baharu buat kali kedua dengan nilai £70 juta (RM418.59 juta), selepas tawaran pertama mereka ditolak, namun nilai baharu itu juga dijangka tidak memenuhi kehendak Tottenham Hotspur.

The Blues dikatakan me­rancang untuk mengemukakan tawaran kepada Spurs bagi mendapatkan Kane, namun nilai sebenarnya tidak didedahkan, malah mereka mereka juga sedar bahawa usaha itu dilihat tidak begitu positif.

Ini kerana, Kane sudah menjadi tonggak utama Spurs sejak sekian lama dan keputusan untuk menjual bintang England itu kepada seteru setempat dari London bukan keputusan yang mudah bakal dibuat oleh Pengerusi Spurs, Daniel Levy.

Dalam perkembangan lain, Chelsea juga sudah pun bersedia untuk menjual Marc Cucurella selepas bintang dari Sepanyol itu bergelut untuk beraksi baik seperti pernah dijelmakannya semasa bersama Brighton.

Laporan menyebut bahawa Spurs juga berminat dengan Cucurella ketika mereka sedang mencari pertahanan kiri sebagai ganti kepada Ivan Perisic apabila pengendali pasukan, Ange Postecoglou dijangka kembali bermain dengan empat pemain pertahanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI