fbpx

Platform himpun label fesyen Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ia menawarkan pakaian-pakaian dan aksesori-aksesori yang unik.

PLATFORM beli-belah dalam talian atau e-commerce yang menghimpunkan beberapa buah label fesyen di bawah bumbung yang sama sering kali menjadi pilihan pengguna untuk membeli-belah.

Pilihan yang banyak memudahkan pembeli untuk mendapatkan item fesyen yang diinginkan tanpa perlu membelinya daripada platform yang berbeza.

Minat dalam bidang perniagaan fesyen serta kesungguhan untuk mengangkat hasil tangan pereka berbakat dari rantau Asia Tenggara mendorong tiga wanita untuk mewujudkan satu platform membeli-belah secara online dikenali sebagai Dia Guild.

Salah seorang pengasas Dia Guild, Alia Farouk, 29, berkata, platform yang diwujudkan itu adalah bagi meraikan dan memperkenalkan rekaan menarik daripada pereka-pereka di Asia Tenggara.

“Dia Guild merupakan platform e-commerce dan content yang mengangkat serta memperingati kemahiran tukang dan hasil tangan para artisan dari Asia Tenggara.

“Tujuan kami mewujudkan platform ini adalah untuk mengubah naratif yang telah lama dikaitkan dengan rantau ini yang sekian lama dianggap sebagai tempat pengeluaran kadar yang besar dan buruh murah.

“Hakikatnya, Asia Tenggara banyak melahirkan pereka berbakat besar dan untuk ini, kami menjual rekaan-rekaan tersebut yang terdiri daripada pakaian dan aksesori fesyen di rantau ini,” katanya kepada Stailo.

Tambah Alia, laman web Dia Guild menawarkan koleksi pakaian, perhiasan, beg, aksesori dan produk hiasan rumah yang dipilih dengan teliti.

Malah, kandungan digital bagi setiap produk juga cukup menarik dan relevan dengan Asia Tenggara.

Dari kiri: Kylie, Alia dan Aisha merupakan pengasas bersama platform yang menghimpunkan lebih 30 jenama di Asia Tenggara.

Dia Guild yang dilancarkan ketika pandemik Covid-19 lebih tiga tahun lalu itu kini menampilkan lebih 30 jenama fesyen di bawahnya.

Malah, setiap jenama tersebut juga akan dikemas kini dengan penampilan koleksi-koleksi terkini bagi memberikan pilihan terbaharu kepada pembeli.

Pengasas bersama Dia Guild, Aisha Hassan, 28, pula berkata, kesemua barangan yang ditawarkan di Dia Guild juga merupakan item fesyen yang benar-benar disukai dan mencerminkan identiti pereka.

“Koleksi subang TALEE Studio yang merupakan rekaan pereka dari Sabah cukup menarik kerana warna-warna yang digunakan pada produk aksesori itu adalah diinspirasikan daripada warna-warna bendera Malaysia.

“Selain itu, koleksi Minaudiere Edisi Terhad dengan Neil Felipp pula menampilkan tas tangan rekaan bunga raya lukis tangan pada permukaannya, menjadikan rekaan tersebut tampak cukup eksklusif,” ujarnya.

Seorang lagi pengasas bersama Dia Guild, Kylie Francis, 35, pula berkongsi bahawa tarikan lain yang ada pada kesemua barangan yang ditawarkan label itu adalah sokongan berterusan Dia Guild terhadap produk kraf tangan dengan reka bentuk yang unik.

“Reka bentuk yang kami pilih sentiasa baharu dan segar kerana kami bekerjasama dengan beberapa pereka yang benar-benar inovatif,” ujarnya.

Kesemua koleksi pereka Asia Tenggara di Dia Guild boleh didapati menerusi laman web www.diaguild.com pada harga bermula antara RM210 sehingga RM5,600 mengikut jenis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI