fbpx

Piala Raja Thai 2023 : Malaysia kempunan kejutkan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain negara yang beraksi pada final acara regu Piala Raja Thai di Korat, Thailand.

PETALING JAYA – Impian rakyat Malaysia untuk melihat skuad sepak takraw negara berjaya mengatasi musuh tradisi, Thailand tidak kesampaian selepas tumpas dengan keputusan 20-22, 17-21 pada aksi final acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai 2023 sebentar tadi.

Regu Malaysia yang dibarisi Muhammad Syahir Rosdi sebagai tekong bergandingan dengan perejam Khairol Zaman Hamir Akbar serta apit kiri, Amirul Zazwan Amir memperagakan aksi  cukup positif pada set pertama perlawanan hingga membuatkan pasukan Gajah Putih itu sedikit goyah.

Pada ketika itu, Malaysia dilihat mampu menundukkan Thailand pada set pertama perlawanan namun, Thailand bijak mengawal perlawanan selepas membuat pertukaran dengan membawa masuk tekong emas mereka, Siriwat Sakha pada penghujung perlawanan sebelum tewas 20-22.

 

keputusan perlawanan membabitkan Malaysia dan Thailand

Thailand ketika itu diperkuatkan Pornthep Tinbangbon sebagai tekong dan berganding bersama perejam, Varayut Jantarasena serta apit kiri, Pattrapong Yupadee.

Tersentak dengan keadaan tersebut, skuad sepak takraw negara cuba mencetuskan kebangkitan di set kedua namun, dinafikan regu Thailand apabila dilihat mendominasi permainan sekali gus melakar kemenangan 21-17.

Perjuangan skuad sepak takraw negara belum berakhir apabila skuad bimbing Ahmad Jais Baharun berpeluang untuk menebus kekecewaan itu menerusi acara berpasukan yang bermula pada Khamis ini.

Ahmad Jais sebelum ini mendedahkan dia menjadikan Piala Raja Thai sebagai aksi pemanas badan terakhir sebelum mengumumkan barisan terbaik negara ke temasya Sukan Asia Hangzhou, China yang bermula September depan.

Untuk rekod, pada saingan Piala Raja Thai edisi lalu menyaksikan skuad negara membawa pulang satu pingat emas menerusi acara double (regu dua sepasukan) dan dua gangsa yang hadir menerusi acara regu dan regu berpasukan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI