fbpx

Peruntukan tambahan RM7 juta sempena Tahun Melawat Perak 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOH Sze Yee (duduk, tengah) bergambar bersama komuniti myKP di Jeti Nelayan myKomuniti Perikanan (myKP) di Kampung Chepor, Lenggong di sini hari ini.

LENGGONG – Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM7 juta bagi menaik taraf sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, daripada peruntukan tambahan RM7 juta itu, sebanyak RM3.8 juta bagi projek infrastruktur kawasan pelancongan di seluruh negeri manakala baki RM3.2 juta bagi tujuan promosi.

Katanya, sebelum ini Perak telah menerima peruntukan hampir RM3 juta disalurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi persediaan penganjuran Tahun Melawat Perak 2024.

“Kita juga menerima bantuan daripada kerajaan Persekutuan di mana melalui MOTAC, peruntukan sebanyak RM3 juta disalurkan melibatkan 12 projek.

“Sebagai contoh, bantuan kerajaan Persekutuan ialah kelulusan sebanyak RM500,000 untuk Majlis Daerah Lenggong (MDL) bagi pembangunan infrastruktur termasuk berkaitan Lenggong Geopark,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja di Jeti Nelayan myKomuniti Perikanan (myKP) di Kampung Chepor di sini hari ini.

Menurut beliau, lebih 100 acara dan program telah diatur bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini sekali gus merancakkan Tahun Melawat Perak pada tahun hadapan.

Katanya, antara program yang dirancang ialah International Geopark Trail Marathon Series 1, Perak International Kite Festival 2024, Perak Triathlon 2024, Festival Pangkor, Festival Gunung Gerik, Pertandingan Berkayak Perahu Naga dan Perak Extreme Marathon.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI