fbpx

Pengeluaran penuh KWSP usia 55, 60 kekal untuk ahli semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiada pindaan dirancang untuk pengeluaran penuh usia 55 dan 60 untuk ahli-ahli semasa, jelas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP menerusi kenyataan akhbar hari ini menjelaskan, perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.

“Cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya melibatkan ahli-ahli baru, buat sementara ini bagi mereka yang lahir pada atau selepas 2010, serta berdaftar dengan KWSP selepas tarikh pelaksanaan kaedah baru ini.

“Bayaran pertama di bawah kaedah mandatori ini akan dibuat selepas persaraan ahli-ahli ini, yang dijangkakan hanya akan berlaku beberapa dekad dari sekarang.

“Cadangan ini masih sedang diteliti, dan sebarang keputusan berhubung pengeluaran simpanan akan dibuat dengan pertimbangan yang teliti dan selari dengan komitmen KWSP demi kepentingan masa depan ahli,” katanya.

Ujarnya lagi, mekanisme pengeluaran mandatori bulanan akan menyelaraskan Malaysia dengan amalan di kebanyakan negara lain.

“Ia ekoran negara kita adalah antara minoriti kecil yang masih membenarkan pengeluaran sekali gus dan bukan berkala,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan terbuka kepada cadangan untuk menjadikan pilihan pengeluaran KWSP secara berkala atau bulanan kepada mandatori apabila mencecah usia persaraan 55 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut ketika ini berada di peringkat akhir.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu perlu diteliti dengan mengambil kira beberapa kekangan termasuk jumlah simpanan semasa pencarum KWSP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI