fbpx

Laporan tanah runtuh Batang Kali belum dibentangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER memasukkan keris sebagai simbolik merasmikan Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia Tahun 2023 di sebuah hotel di Bandar Hilir, Melaka. -Foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Kementerian Kerja Raya tidak dapat membentangkan laporan penuh kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu kepada Jemaah Menteri kerana belum mendapat ulasan dan pandangan daripada agensi lain yang terlibat.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyiapkan laporan penuh berhubung kejadian yang meragut 31 nyawa itu.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu laporan ulasan dan pandangan agensi terlibat sebelum ia dapat dibentangkan kepada Kabinet secepat mungkin.

“Tidak ada masa yang tepat untuk menghantar laporan penuh kepada Jemaah Menteri selagi ulasan dan pandangan daripada agensi lain yang terlibat tidak diterima.

“Kita sudah majukan (laporan) kepada agensi terbabit untuk segera memberi ulasan dan pandangan secepat mungkin sebelum ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri nanti.

“Selain itu, kita menunggu laporan daripada kerajaan negeri kerana Jalan Batang Kali adalah kategori jalan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR 2023 di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI