fbpx

KPM salur RM670,000 kepada empat sekolah di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying (tengah) melawat SJKC Pai Teik, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM670,000 bagi tujuan penyelenggaraan fasiliti dan infrastruktur empat sekolah di negeri ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, empat sekolah tersebut adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Kuang, SJKC Kampung Jawi, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Nibong Tebal dan SJKC Pai Teik.

Menurutnya, peruntukan yang disalurkan akan digunakan untuk menaik taraf tandas, bumbung dan kemudahan lain di sekolah.

“Seperti yang kita ambil maklum, kebanyakan tandas di sekolah mengalami banyak kerosakan dan perlu diperbaiki segera untuk keselesaan pelajar dan guru-guru.

“Kita percaya bahawa pendidikan akan mencapai tahap baharu dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pertumbuhan yang lebih baik untuk setiap guru dan pelajar.

“Justeru, kebajikan serta persekitaran pembelajaran yang selesa serta kondusif menjadi keutamaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya ketika ditemui pemberita di SJKC Pai Teik di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat keempat-empat sekolah terbabit dalam lawatan kerja dua hari di negeri ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 74 daripada 81 SJKC di bawah Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di Pulau Pinang telah memohon peruntukan penyelenggaraan untuk tahun ini.

“Saya akan pastikan kesemua sekolah terbabit akan mendapat sekurang-kurangnya RM50,000 bagi tujuan tersebut,” katanya.

Semalam, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk naik taraf fasiliti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI