fbpx

Kayuh basikal 200km ke Putrajaya untuk jumpa PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD HAFIZ (kiri) menunjukkan dokumen pengenalan diri keluarganya ketika ditemui di Kampung Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat kelmarin.

BATU PAHAT – Demi masa depan dua anaknya, seorang bapa bertekad melakukan kayuhan basikal roda tiga yang diubah suai ke Putrajaya untuk berjumpa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Muhammad Hafiz Onn, 34, berkata, langkah itu adalah ikhtiar terakhirnya dan isteri, Ina Abirin, 26, bagi menukar status kewarganegaraan dua anak lelaki mereka yang kini masing-masing berusia enam dan empat tahun.

“Anak sulung di sekolah tadika, mereka semakin membesar dan akan bersekolah nanti, kami risau akan masa depan.

“Saya bertekad mengayuh basikal bersama dua anak ke Putrajaya untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Kami berharap usaha ini mendapat perhatian dan ihsan pemimpin negara untuk membantu kami sekeluarga mendapatkan status warganegara anak kami,” katanya kelmarin.

Jelasnya, dia berkahwin de­ngan Ina yang juga anak pela­rian dari Filipina pada Januari 2014.

“Kami ‘nikah kampung’. Setelah berkahwin, saya berulang-alik ke Sabah menguruskan dokumen isteri, namun buntu sebelum kami pulang ke Semenanjung,” jelasnya.

Ujarnya, pelbagai usaha dilakukannya termasuk ke Jabatan Imigresen serta meminta bantuan daripada pemimpin tempatan, namun semuanya tidak berhasil selain berdepan dengan kekangan kewangan.

“Anak saya ada surat beranak tetapi status kewarganegaraan bukan warganegara. Jadi saya merayu pihak kerajaan agar membantu saya dalam hal ini.

“Kalau boleh saya mahu isteri dapat status penduduk tetap dan kewarganegaraan pula untuk dua anak saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI