fbpx

Juventus sanggup lepaskan Vlahovic demi Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VLAHOVIC sedia dilepaskan oleh Juventus dengan syarat Chelsea berjaya memujuk Lukaku untuk ke Turin. - AFP

LONDON – Chelsea mendapat perkhabaran gembira apabila Juventus dikatakan sedia untuk melakukan rundingan dalam usaha mereka bagi mendapatkan khidmat penyerang, Dusan Vlahovic pada jendela perpindahan kali ini.

Walaupun sudah membawa masuk pemain Villarreal, Nicolas Jackson, namun pengurus The Blues, Mauricio Pochettino mahukan sekurang-kurangnya seorang penyerang elit dalam pasukan tersebut.

Chelsea juga melaungkan keyakinan bagi mendapatkan khidmat penyerang Serbia itu selepas Vlahovic juga dikatakan terbuka dan berminat untuk bekerjasama dengan Pochettino di Stamford Bridge.

Meskipun meletakkan tanda harga £77 juta (RM460.62 juta) terhadap Vlahovic, namun Juventus sedia memberikan diskaun kepada Chelsea sekiranya Romelu Lukaku dimasukkan dalam rundingan tersebut.

Difahamkan, Chelsea hanya perlu membayar £21 juta (RM125.63 juta) kepada Juventus jika dapat memujuk Lukaku untuk menjadi ‘korban’ dengan menyaksikan pemain Belgium itu berhijrah ke Turin.

Sekiranya urusan perpindahan itu dapat direalisasikan, Chelsea dianggap pasukan paling beruntung memandangkan mereka juga terdesak untuk melepaskan Lukaku.

Bagaimanapun, ia sukar untuk dilakukan memandangkan Lukaku sudah berulang kali menyatakan, dia hanya mahu menyertai Inter Milan sekiranya meninggalkan Chelsea pada jendela perpindahan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI