fbpx

Isteri, anak trauma kereta dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan kedua-dua kenderaan tersebut.

PETALING JAYA – Seorang lelaki kesal kerana disebabkan kecuaian orang lain, isteri dan anak-anaknya termasuk bayi 10 bulan trauma apabila kereta yang dipandu isterinya itu dirempuh sebuah lori.

Menerusi sebuah klip rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik Shahzamkarim di akaun TikTok miliknya memaparkan, sebuah lori merempuh daripada arah belakang secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa kerosakan pada kereta.

“Isteri ‘driving, on the way’ nak hantar anak kelas silat. Di atas kecuaian orang lain, mereka ditimpa musibah,” katanya.

Menurut Shahzam, dia yang tidak berada di tempat kejadian pada ketika itu hanya menyedari kejadian setelah dihubungi isterinya.

“Saya dah nak sampai rumah ‘customer’ di Shah Alam tiba-tiba dapat panggilan kecemasan daripada isteri yang dalam perjalanan menghantar anak ke kelas silat telah dilanggar lori

“Terpaksa ‘cancel appointment’ dan patah balik ke Sentul untuk uruskan semua,” katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur isteri dan anak-anaknya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Alhamdulillah, mujur isteri dan anak-anak tiada yang serius hanya lebam-lebam dan bengkak. Kasihan anak dan isteri masih trauma dan terkejut,” ujarnya.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 600,000 tontonan dan 30,100 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI