fbpx

Enam anggota polis sedang berhibur ditahan, seorang positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menahan enam anggota polis disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Setiawan, Perak, Sabtu lalu.

Difahamkan, seorang daripada anggota terbabit positif alkohol dan pemeriksaan lanjut ditemukan sepaket serbuk putih disyaki dadah jenis ketamine dalam serbuan sekitar pukul 11.30 malam itu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, mengesahkan tangkapan serta operasi tersebut.

Katanya, operasi itu dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bagi mengesan pelanggaran dan salah laku yang dilakukan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, akan melakukan siasatan lanjut manakala tindakan dadi sudut tatatertib sedang dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Azri, terdapat situasi yang membenarkan anggota berada di dalam premis berkenaan berdasarkan arahan dalaman.

“Siasatan akan dibuat apabila ada anggota terbabit dikesan positif dadah dan minum minuman keras,” katanya.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan lanjut mendapati salah seorang anggota beragama Islam positif minum minuman keras, manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja.

Dimaklumkan, seorang wanita warga Indonesia turut ditahan bersama enam anggota terbabit dalam bilik karaoke di pusat hiburan berkenaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI