PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, pagi ini.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), di Kedah, hujan lebat dijangka berlaku di Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Selain itu, cuaca buruk diramal berlaku di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang serta Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang, Perak.
“Manakala, di Terengganu, hujan lebat akan melanda kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Facebook.
MetMalaysia turut meramalkan cuaca buruk di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang, Selangor serta Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.
“Di Sabah pula melibatkan Bintulu serta di Pedalaman (Kuala Penyu), Sarawak. Cuaca buruk juga dijangka melanda Wilayah Persekutuan Labuan sehingga pukul 12 tengah hari, hari ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE