fbpx

AmBank sasar RM4 bilion pembiayaan hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah PMSB, Michael Tan (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan Ambank, Christopher Yap (dua dari kanan), bertukar dokumen pada Majlis Menandatangani Kemudahan Pembiayaan untuk Arica sambil diperhatikan Pengerusi KWEST Sdn. Bhd., Datuk Maznah Abdul Jalil (paling kiri), dan Sulaiman di Galeri E&O, Jalan Tun Razak hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Kumpulan AmBank berhasrat untuk menggandakan jumlah pembiayaan hijau yang dikeluarkannya tahun ini kepada RM4 bilion, berbanding RM2 bilion yang dicapai pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Ekeskutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, pembiayaan hijau yang dikeluarkan pihaknya terutamanya adalah dalam sektor hartanah kediaman, gudang dan pemasangan panel solar di kilang, selain untuk industri kenderaan elektrik (EV).

“Kalau kami boleh menggandakan pembiayaan hijau sebanyak dua hingga tiga kali tahun ini, ia adalah amat baik buat kami.

“Ini bagaimanapun tertakluk kepada permintaan pasaran… Kadar pengambilan untuk pembiayaan hijau masih tidak cukup pantas dan kesedaran yang lebih adalah perlu dalam kalangan syarikat antaranya berkenaan bagaimana untuk mengukur dan mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau mereka.

“Kadar faedah bagi pembiayaan hijau juga rendah kerana risikonya dianggap lebih rendah, kami mampu mengambil margin yang lebih sedikit kerana nilai jualan semula bagi kediaman berstatus hijau contohnya kebiasaannya adalah lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani kemudahan pembiayaan hijau bernilai RM130 juta kepada Persada Mentari Sdn. Bhd. (PMSB) bagi pembangunan projek kediaman servis Arica @ Pulau Andaman di Pulau Pinang hari ini.

PMSB, sebuah syarikat tujuan khusus (SPV) yang ditubuhkan oleh Tanjung Pinang Development Sdn. Bhd., anak syarikat Eastern & Oriental Bhd. (E&O) dan KWEST Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) merupakan pemaju untuk projek Pulau Andaman.

Arica menerima Pensijilan Sementara Platinum GreenRE daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tahun ini dan pembangunan setinggi 45 tingkat dengan 380 unit kediaman itu dijangka siap pada 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI