PETALING JAYA – Tular rakaman sekumpulan penunggang motosikal wanita yang mempamerkan aksi berbahaya sewaktu melalui sebuah lebuh raya.
Tindakan mereka itu boleh terdedah kepada kemalangan dan memberi risiko keselamatan terhadap pengguna yang lain.
Video yang dikongsikan pengguna Facebook Adib Omar hari ini ternyata menerima pelbagai reaksi orang ramai apabila ia turut disebarkan menerusi kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Hari ini.
“Hebat-hebat dah perempuan-perempuan sekarang. Lepas ini mat rempit tercabar la dengan minah rempit,” seloroh Haddy Zull.
“Lagi macam ular tedung, malu kaum lelaki ada yang lebih handal atas jalan,” komen Jajaniie.
Sementara itu, ada juga pengguna yang memetik nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ruangan komen video dan mahukan siasatan lanjut dilakukan segera.
“PDRM, jalankan kerja macam biasa. Video jelas dah tu, kasi saman, tahan dan tindakan sepatutnya untuk mereka yang tak tahu tunggang dengan cara betul,” kata Malaika.
Bagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian belum dapat dipastikan sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE