LAS VEGAS, NEVADA – Pengunjung sebuah hotel mewah di Las Vegas terkejut menyaksikan sekurang-kurangnya empat wanita berpakaian seksi bergaduh di hadapan orang ramai dalam kejadian kelmarin, lapor akhbar New York Post.
Berdasarkan satu rakaman video, dua wanita dilihat bertumbuk dan bergelut di atas lantai sebelum seorang pengawal keselamatan dan pengunjung lain cuba meleraikan mereka.
Ketika pergaduhan mereka cuba dileraikan, seorang wanita lain menyerang seorang lagi wanita yang berdiri berhampiran kawasan tersebut.
“Berundur!” kata seorang lelaki kepada pengunjung yang menyaksikan pergaduhan itu.
Dalam klip video seterusnya, seorang wanita berkenaan cuba mengheret seorang lagi wanita yang ketika itu duduk di atas sebuah skuter sebelum pengawal keselamatan dan lelaki yang sama cuba menenangkan mereka.
Jabatan Polis Metro Las Vegas memberitahu New York Post bahawa tiada tangkapan dibuat, namun sekurang-kurangnya satu saman telah dikeluarkan.
Tiada maklumat lanjut mengenai punca pergaduhan. – AGENSI