fbpx

Wanita campak plastik selepas pura-pura kutip sampah demi ‘content’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi wanita tersebut dirakam rakannya manakala aksi mereka berdua dirakam individu lain. – TikTok

CANBERRA, AUSTRALIA – Seorang wanita di Australia menjadi sasaran  kecaman  kerana berpura-pura mengutip sampah di tepi pantai demi memuat naik kandungan di laman  sosial, lapor laman berita News.com kelmarin.

Apa yang menjadi kemarahan ramai adalah wanita dipercayai pesohor media sosial itu bertindak meninggalkan beg plastik sampah selepas rakaman berakhir.

Berdasarkan video yang tular, seorang wanita berambut perang dilihat mengutip sampah-sarap di tepi pantai sambil memegang beg plastik berwarna hitam.

Aksinya dirakam seorang rakannya dari jarak dekat dan dalam masa sama, aksi mereka berdua dirakam individu lain dari jauh.

Selepas ‘berlakon’ selama beberapa saat, wanita itu melepaskan beg plastik yang dipegangnya dan menari sebelum beg tersebut dibiarkan di atas tanah.

Rakannya dalam masa sama menamatkan rakaman sebelum mereka berdua berlalu dari situ.

Seorang saksi yang turut menyaksikan insiden itu didengari menjerit ke arah mereka sambil berkata: “Anda meninggalkan beg itu di situ. Anda berpura-pura mengutip sampah, saya memerhatikan anda berdua,” kata individu tersebut.

Kata-kata itu bagaimanapun tidak dipedulikan dengan  kedua-dua wanita berkenaan terus berjalan meninggalkan lokasi kejadian.

Video itu menjadi tular dan menerima kecaman ramai yang mengkritik aksi berpura-pura wanita berkenaan.

“Bagaimana untuk menunjukkan kepada dunia bahawa anda mengambil berat akan alam sekitar, bahagian satu. Pastikan rakan anda merakam gelagat anda. Bahagian dua, raikan ‘lakonan’ bertaraf anugerah Oscar itu dengan melakukan tarian yang teruk,” kata seorang netizen secara sinis. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI