fbpx

TdF 2023: Impian menggunung Cavendish berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVENDISH terlibat dalam kemalangan pada peringkat kelapan perlumbaan menyebabkan dia mengalami kecederaan serius dan terpaksa menarik diri. – AFP

PARIS – Harapan pelumba berpengalaman pasukan Astana Qazaqstan, Mark Cavendish untuk memecah rekod dengan bergelar juara peringkat Tour de France (TdF) paling banyak sepanjang zaman tidak kesam­paian selepas mengalami kece­deraan serius awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Cavendish ketika ini terikat dengan pelumba legenda Belanda, Eddy Merckx yang meraih 34 kemenangan pada peringkat TdF sepanjang karier mereka.

Namun, pelumba berusia 38 tahun itu terlibat dalam kemalangan ketika mengharungi pe­ringkat kelapan awal pagi semalam sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan serius di bahagian bahu.

Penarikan diri Cavendish telah diumumkan oleh pasukan yang diwakilinya dengan mengesahkan pelumba senior itu meng­alami patah tulang di bahagian bahunya.

Situasi tersebut memberi tamparan hebat kepada atlet dari Britain itu selepas begitu hampir untuk menjuarai peringkat TdF sepanjang tujuh perlumbaan sebelum ini.

Sementara itu, pelumba pasukan Lidl-Trek, Mads Pedersen meraih kemenangan pada pe­ringkat kelapan dengan menewaskan pencabar terdekat, Jasper Philipsen di kedudukan kedua dan Wout van Aert melengkap­kan podium.

Pedersen mengakui agak terkilan dengan kemalangan yang dialami oleh Cavendish memandangkan ini adalah perlumbaan terakhirnya sebelum bersara.

“Saya mahu mendedikasikan kemenangan ini kepada Cavendish kerana dia adalah legenda dan inspirasi buat kami semua. Kami semua beruntung dapat berada di lapangan yang sama dengan atlet hebat sepertinya,” kata Peder­sen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI