fbpx

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA tampil mempertahankan diri apabila namanya sekali lagi dikaitkan dengan gosip penggoda suami orang.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Sophia AlBarakbah berang apabila namanya tiba-tiba dikaitkan dengan gosip suami selebriti popular digoda seorang artis wanita.

Katanya, dia perlu bersuara bagi menghentikan tohmahan melampau, apatah lagi individu dimaksudkan dalam cerita tersebut bukan dirinya.

“Saya tak selalu buat luahan di media sosial, tetapi ada sesuatu harus disuarakan terutama kepada pihak yang kaitkan diri saya dengan hal rumah tangga pasangan selebriti terkenal.

“Tolonglah bukan saya yang dimaksudkan. Cukup-cukuplah salahkan saya. Saya tidak mahu dengar sebarang khabar angin yang melibatkan diri saya. Jelas bukan saya! Terima kasih,” katanya menerusi Insta Story.

Pelakon berusia 30 tahun itu menerusi aplikasi sama turut memuat naik semula kata-kata penceramah bebas, Alif Teega seakan-akan meluahkan perasaan berhubung tohmahan terbaharu yang menjatuhkan namanya.

“Ada benda kita boleh tahan, ada benda kita boleh diam, ada benda kita boleh buat tak layan. Tapi bila dah berlebihan kita kena cuba kawan,” tulis paparan berkenaan.

Perkongsian bintang filem Mimaland itu meraih pelbagai komen positif netizen yang memintanya tidak melayan gosip liar sebegitu.

Malah segelintir netizen turut menyebut nama Fazura dalam ruangan komen yang menandakan gosip berkenaan berkaitan aktres itu dan suaminya, Fattah Amin.

Baru-baru ini, Fazura mendedahkan suaminya hampir cuba ‘disondol’ seorang pelakon wanita ketika di sebuah set penggambaran tanpa menyebutkan drama atau filem.

Malah ketika majlis tayangan perdana, wanita sama dikatakan cuba mendekati Fattah disaksikan keluarga pelakon tersebut.

Begitupun, dalam temu bual di sebuah program hiburan, dia bersyukur dikurniakan suami yang setia dan tidak melayan godaan wanita lain.

Terdahulu, nama Sophia terpalit kontroversi cinta lokasi bersama Aliff Aziz sehinggalah perkara tersebut didedahkan oleh Bella Astillah – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI