fbpx

Sewa inap desa simpan dadah RM5.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamarudin ( dua kanan) menunjukkan dadah yang dirampas polis pada sidang akhbar itu. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Kegiatan dua sindiket menjadikan premis kediaman termasuk inap desa sebagai stor dadah bernilai keseluruhan RM7.42 juta sekitar Lembah Klang tumpas dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini.

Dalam serbuan dua hari bermula 5 Julai lalu itu turut menahan tiga suspek lelaki berusia 38 hingga 47 tahun yang bertugas sebagai pengedar dan transporter di Sepang dan Shah Alam.

Turut disita bersama mereka adalah dua kenderaan masing-masing jenis Kia dan Toyota Hilux selain dua bentuk cincin serta seutas jam tangan dianggarkan RM87,705.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, berdasarkan siasatan mendapati ketiga-tiga mereka aktif sejak awal tahun ini dengan pasaran dadah untuk sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, kesemua dadah meliputi methamphetamine, pil yaba dan ketamin seberat 222kilogram (kg) diperolehi dari utara Semenanjung berdasarkan peket pembungkusannya.

“Modus operandi mereka adalah menjadikan premis kediaman sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan dalam pasaran.

“Salah satu serbuan iaitu di Shah Alam mendapati dua suspek menyewa inap desa bagi tujuan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Difahamkan inap desa di tengah bandar Shah Alam itu baharu dua hari disewa dua suspek tersebut.

Beliau menjelaskan secara pecahannya sejumlah dadah dirampas di Sepang adalah seberat 47.8kg berjumlah RM1.62 juta melibatkan methamphetamine dan ketamin.

Manakala di Shah Alam berjumlah 174.2kg iaitu methamphetamine dan pil yaba bernilai RM5.8juta.

Mohd. Kamarudin menegaskan sekiranya dadah itu terlepas dalam pasaran boleh digunakan lebih 1.1 juta penagih.

“Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek ditangkap pula melibatkan dua sindiket berbeza dengan polis masih mengesan dalang sebenar.

“Polis juga masih menjalankan siasatan menyeluruh sama ada mereka terlibat dalam kumpulan kongsi gelap,” katanya.

Tambah beliau, dua daripada suspek juga positif methamphetamine namun kesemua mereka tiada rekod jenayah lampau.

Kata Mohd. Kamarudin, kesemua suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI