fbpx

Russia diberi amaran serangan mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caesar memberi amaran kepada Putin untuk melancarkan serangan seterusnya ke atas tentera Kremlin. - AFP

KIEV – Komander pasukan Tentera Kebebasan Russia memberi amaran bahawa pihaknya merancang untuk melancarkan satu lagi serbuan rentas sempadan serta akan memanfaatkan kekacauan di Kremlin berikutan pemberontakan oleh askar upahan Wagner yang diketuai Yevgeny Prigozhin baru-baru ini, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

“Kejutan seterusnya akan berlaku pada bulan depan atau seterusnya.

“Ia akan menjadi operasi ketiga kami. Selepas itu, operasi keempat dan kelima akan menyusul. Kami mempunyai cita-cita tinggi dan mahu membebaskan semua wilayah kami,” kata jurucakapnya, Caesar dalam satu temu bual dengan akhbar Observer di Kiev.

Kumpulan separa tentera anti-Presiden Russia, Vladimir Putin itu terdiri daripada beratus-ratus askar sukarelawan Russia.

Ia sebelum ini melancarkan serangan pada Mei dan awal bulan lalu. Pasukan berkenaan menduduki perkampungan sempadan berhampiran bandar Belgorod di Russia dan bertempur dengan tentera Putin serta menawan 10 anggotanya.

Caesar atau nama sebenarnya Maximillian Andronnikov didakwa oleh pihak pendakwa raya Russia dalam pelbagai jenayah termasuk mengkhianati tanah air.

Dia mengakui kumpulannya hanya boleh berfungsi dengan bantuan ketenteraan dari Ukraine, namun berkata, mereka boleh membuat keputusan bebas sendiri sekiranya berada di wilayah Russia. -Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI