fbpx

PRN: Bersatu bertanding lima DUN Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol.

KUALA TERENGGANU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka bertanding sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung 12 Ogos depan.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, lima DUN tersebut adalah Kijal, Langkap, Kuala Besut, Permaisuri dan Telemong.

“Begitupun, kami berharap diberikan sekurang-kurangnya dua kerusi DUN Terengganu lagi.

“Sebenarnya, Bersatu Terengganu memohon untuk bertanding di 10 kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) (pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu), tetapi Pas hanya memberi lima (kerusi),” katanya di sini hari ini.

Begitupun Rosol berkata, sekiranya tetap diberi lima kerusi, Bersatu akan akur dan berlapang dada.

Tambah Ahli Parlimen Hulu Terengganu tersebut, semua calon Bersatu juga akan menggunakan logo Pas pada PRN Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Rosol mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRN kali ini.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan itu berkata, beliau mahu memberi laluan kepada calon muda berkelayakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI